myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Friday, 30 November 2012

Kitaran Hidup Haiwan

Apakah itu kitaran hidup ?

Kitaran hidup adalah merujuk peringkat pertumbuhan yang berlaku bagi sesuatu binatang.  Binatang akan mengubah saiz badan, bentuk dan berat apabila mereka mengalami tumbesaran dalam kitaran hidupnya.

Semua binatang akan mengalami kitaran hidup yang berbeza. Rujuk gambar rajah berikut:



Kitaran hidup haiwan yang bertelur

a. Telurnya akan menetas menjadi anak haiwan.

b. Anak haiwan akan membesar dan menjadi haiwan dewasa.

c. Haiwan yang dewasa pula akan bertelur dan kitaran hidup diulangi.


Kitaran hidup haiwan yang melahirkan anak.

a. Anak akan membesar di dalam badan haiwan betina.

b. Haiwan betina akan melahirkan anak.

c. Anak haiwan akan membesar menjadi haiwan dewasa dan kitaran hidup diulangi.


Sesetengah anak haiwan mempunyai wajah dan rupa yang berbeza dengan haiwan dewasa seperti :

a. Katak  dan berudu.

b. rama-rama dan beluncas

c. nyamuk dan jentik-jentik.







No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget