myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Friday, 30 November 2012

Kitaran Hidup Haiwan

Apakah itu kitaran hidup ?

Kitaran hidup adalah merujuk peringkat pertumbuhan yang berlaku bagi sesuatu binatang.  Binatang akan mengubah saiz badan, bentuk dan berat apabila mereka mengalami tumbesaran dalam kitaran hidupnya.

Semua binatang akan mengalami kitaran hidup yang berbeza. Rujuk gambar rajah berikut:



Kitaran hidup haiwan yang bertelur

a. Telurnya akan menetas menjadi anak haiwan.

b. Anak haiwan akan membesar dan menjadi haiwan dewasa.

c. Haiwan yang dewasa pula akan bertelur dan kitaran hidup diulangi.


Kitaran hidup haiwan yang melahirkan anak.

a. Anak akan membesar di dalam badan haiwan betina.

b. Haiwan betina akan melahirkan anak.

c. Anak haiwan akan membesar menjadi haiwan dewasa dan kitaran hidup diulangi.


Sesetengah anak haiwan mempunyai wajah dan rupa yang berbeza dengan haiwan dewasa seperti :

a. Katak  dan berudu.

b. rama-rama dan beluncas

c. nyamuk dan jentik-jentik.







Tuesday, 27 November 2012

Keperluan asas tumbuhan

1. Tumbuhan hijau memerlukan air, udara dan cahaya matahari untuk hidup seperti yang ditunjukkan dengan gambar di bawah :

Air, udara dan cahaya matahari adalah keperluan asas tumbuhan.


2. Air, udara dan cahaya matahari adalah keperluan asas tumbuhan hijau.

3. Tumbuhan memerlukan air

a. untuk menghasilkan makanan.
b. untuk mengawal suhunya.

4. Tumbuhan gunakan akar untuk menyerap air dari tanah.

5. Air digunakan untuk mengelakkan tumbuhan daripada layu dan pada cuaca yang panas, tumbuhan akan kehilangan air dengan cepat. Telitikan keadaan di bawah :

Tumbuhan hidup subur dengan adanya air dan ia akan layu tanpa air.

6. Tumbuh-tumbuhan memerlukan air dan cahaya matahari untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis.






Latihan Mikroorganisma

1. Gambar di bawah menunjukkan 4 jenis mikroorganisma.








a. nyatakan salah satu mikroorganisma yang membawa kebaikan kepada manusia.

____________________________________________________________

b. Nyatakan satu ciri mikroorganisma.

___________________________________________________________

c. Sebutkan satu ciri yang ada pada mikroorganisama Z.

____________________________________________________________  

2. Sesetengah mikroorganisma berbahaya dan sesetengah pula berguna kepada manusia.

a. Beri dua kegunaan mikroorganisma.

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

b. Berikan dua keburukan yang dibawa oleh mikroorganisma.

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

c. Cadangkan dua cara untuk mengelakkan mikroorganisama daripada merebak.

i. ___________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________
d. Nyatakan dua jenis penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma.

i. ____________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________

Jawapan:

1a. w : Paramecium           x : Euglena            y : Bakteria               z : virus
  b.  Yis
  c. Mikroorganisma boleh bergerak / bernafas / tumbesaran
  d. Ia akan menjejaskan sel dan membawa maut.

2. a. i. membuat roti                          ii. membuat baja
    b. i. membawa penyakit                ii. menyebabkan keracunan makanan
    c. i. mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
       ii. air perlu dimasak sebelum minum.
    d i. campak                                  ii. selesema


Sunday, 25 November 2012

Mikroorganisma

Apakah itu mikroorganisama ?

Mikroorganisma ialah benda hidup yang sangat kecil dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Jenis-jenis mikroorganisma.




Kulat dan Yis

Ciri-ciri mikroorganisma :

a. bernafas.
b. bergerak.
c. tumbesaran.



Friday, 23 November 2012

Cara binatang membiak

1. Binatang membiak dengan cara yang berlainan iaitu bertelur dan melahirkan anak.

2. Binatang yang tidak dapat menjaga anaknya akan bertelur dengan banyak untuk mengelakkan semua
telurnya dimakan oleh binatang lain seperti ikan, katak, rama-rama dan sebagainya.

3. Binatang yang boleh menjaga anaknya pula biasanya melahirkan bilangan anaknya yang sedikit seperti kucing, anjing, harimau dan sebagainya.

4. Binatang membiak bertujuan untuk memastikan kesinambungan spesies mereka dan juga elakkan spesiesnya daripada terpupus.


                                    Bertelur                                  Melahirkan anak
                                           





Wednesday, 21 November 2012

Latihan subjektif 2

Kejadian siang dan malam

1. Gambarajah di bawah menunjukkan penyiasatan yang dijalankan oleh Siti.









Lampu suluh mewakili matahari manakala globe mewakili bumi.

a. Apakah tujuan penyiasatan tersebut ?

_______________________________________________________

b. Meramalkan pemerhatian anda apabila lampu suluh menerangi pada bahagian x dan y.

i. Bahagian x : __________________________

ii. Bahagian y : __________________________

c. Berikan perjelasan jawapan anda di b.

__________________________________________________________

d. Apakah kesimpulan yang didapati melalui penyiasatan itu.

__________________________________________________________

e. Beri dua sebab tentang kejadian siang dan malam.

__________________________________________________________

Latihan soalan subjektif 1

Fasa-fasa bulan

Rajah di bawah merupakan maklumat yang diperolehi daripada suatu penyiasatan.






a. Apakah tujuan penyiasatan tersebut?

_____________________________________________________________

b. Namakan fasa-fasa bulan yang berikut:

1hb : _________________            3hb : ____________________

7hb : _________________            15hb : ____________________

23hb: ________________              27hb: ____________________

c. Beri dua perjelasan mengapa fasa-fasa bulan itu terbentuk.

i. ________________________________________________

ii. ________________________________________________

d. Apakah kesimpulan berdasarkan rajah di atas ?

______________________________________________________________

Cara Binatang Melindungi Diri

Ciri-ciri luaran binatang:

1. Binatang yang mempunyai sisik keras.

Pangolin dan Buaya



2. Binatang yang mengeluarkan bau busuk.

skunk dan pijat

3. Binatang mempunyai sengatnya beracun.


Kala Jengking dan lebah

3. Binatang yang mempunyai cangkerang keras.

Siput, kura-kura dan ketam



Tuesday, 20 November 2012

Lagu bulan ( set induksi P & P sains )


Latihan Keperluan Asas Benda Hidup

Latihan

1. Di antara yang berikut merupakan keperluan asas manusia, kecuali

   a. makanan            b. air              c. cahaya matahari            d. udara

2. Manusia minum air untuk  tujuan berikut, kecuali

   a. untuk mengawal suhu badan                          
   b. untuk menghilangkan dahaga
   c. untuk mengekalkan kandungan air dalam badan
   d. untuk mendapatkan khasiat.

3. Mengapakah  tumbuhan memerlukan cahaya matahari ?
 
   a. untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis.
   b. untuk mendapatkan khasiat yang diperlukan.
   c. untuk membantunya dalam tumbesaran.
   d. untuk menjaga kesihatan badan.

4. Persamaan keperluan asas  manusia dan tumbuhan ialah:

   a. udara dan makanan                               b. udara dan air
   c. air dan tempat tinggal                            d. air dan cahaya matahari.

5. Jawab soalan berdasarkan gambarajah di bawah:



  Pokok keembung yang manakah dapat tumbuh dengan baik?

  a. Pasu w                    b. Pasu x                    c. Pasu y                   d. Pasu z


6. Rajah di bawah menunjukkan seekor tikus yang telah dikurang dalam sebuah botol  yang tertutup dengan  
    ketat.

  Selepas seminggu, tikus itu mati.  Kajian ini menunjukkan bahawa
  a. tikus memerlukan udara untuk bernafas.
  b. tikus memerlukan kawan.
  c. tikus memerlukan banyak cahaya matahari.
  d. tikus tidak dapat menghasilkan makanan sendiri.

Jawapan:

1. C               2. D               3. A               4. B               5. C             6. A


Saturday, 17 November 2012

Keperluan Asas Manusia

Keperluan asas manusia.

1. Manusia adalah benda hidup.

2. Manusia memerlukan keperluan asas seperti makanan, air, udara dan tempat tinggal seperti yang
    ditunjukkan dalam buku teks di bawah:



3. Manusia memerlukan makanan setiap hari untuk
a. tumbesaran.
b. mendapatkan tenaga.
c. mengekalkan kesihatan badan.
d. membaiki tisu badan yang rosak.

4. Kira-kira 70% badan kita adalah air dan kita minum air adalah untuk:
a. mengawal suhu badan.
b. untuk menggantikan kehilangan air dalam badan kita akibat berpeluh.
c. untuk membawa makanan yang dihadam ke bahagian lain badan kita.

5. Manusia memerlukan udara untuk menarik dan menghembus nafas.

6. Manusia memerlukan tempat tinggal untuk melindungi mereka daripada bahaya, menghadapi cuaca yang
    melampau, terkena cahaya matahari, hujan dan angin kencang.

Friday, 16 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran: Sains
Kelas : 3 H
Tarikh : 24.10.2012
Masa : 7:40 pagi – 8:10 pagi
Bilangan Murid : 31 orang
Bidang Pelajaran : Mengenali Jenis magnet dan daya tarik/tolaknya
Objektif Pembelajaran : Menganalisis daya tarik magnet.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, murid dapat:
A. Menguasai isi kandungan
a. Menamakan 3 jenis bentuk magnet.
b. Magnet mempunyai 2 kutub.
c. Magnet boleh menarik / menolak satu sama lain.

B. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir.
a. Mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk membuktikan 
    kutub magnet sama akan menolak dan kutub magnet yang berbeza akan menarik.

C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
a. Melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur
    yang dipersetujui dalam kumpulan.

Konsep/prinsip/hukum/teori:
Magnet
a. Daya tarik apabila kutub magnet sama didekati
b. Daya tolak apabila kutub magnet berbeza didekati.

Bahan, peralatan dan bahan sumber.
Magnet bar, magnet ladam kuda, magnet berbentuk U, magnet cincin, kad manila, kad gambar dan kad nama magnet, klip kertas, paku tekan.
Langkah berjaga-jaga:
Memegang magnet dengan berhati-hati dan elakkan menggunakan magnet untuk memukul murid lain.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui apa itu magnet.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan  ( 3 Minit )
Apa itu magnet
Membuat pertunjukkan ’ magic’

Mengguna sebatang magnet yang dibalut dengan kertas untuk menarik klip kertas dan paku tekan.

Soalan yang ditanya:
Sila murid-murid teka apakah bahan itu?
Melihat dan memberi respon







Jawapan:
Magnet
Strategi / Teknik: Penyoalan seluruh kelas.
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Menstruktur ( 8 Minit )
Jenis-jenis magnet

Soalan:
Memadankan kad magnet dengan nama magnet.
Memaklumkan magnet mempunyai pelbagai bentuk.

Meminta murid-murid duduk mengikut kumpulan.

Edarkan kad manila kepada setiap kumpulan.

Meminta setiap wakil kumpulan memilih sampul surat ( dalamnya ada kad gambar magnet dan nama magnet )

Melekatkan hasil kerja kumpulan di dalam papan hitam

Mendengar dan memberi respon.

Duduk dalam kumpulan.




Membuka sampul surat dan berbincang dalam kumpulan


Menilai hasil kerja kumpulan
Strategi: Perbincangan kumpulan
Membuat  kajian
( 7 Minit )
Daya tarik / daya tolak magnet.

Memaklumkan magnet ada 2 bahagian yang berlainan warna.

Mengemukakan soalan.
Mendengar dan memberi respon.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Soalan:
Magnet ada berapa kutub?

Dalam  apa keadaan magnet menarik / menolak?

Meminta setiap wakil kumpulan datang ambil 4 kotak magnet.

Meminta murid menjawab soalan tadi.



Menulis perkataan menarik / menolak di papan hitam.
Menjalankan eksperimen dengan mendekatkan 2 batang magnet.

Menyaksikan tindak balas magnet.

Jawapan:
1. Magnet ada 2 kutub.
2. Kutub sama : menolak, Kutub berbeza : menarik.
Strategi:
Kaedah inkuiri Menjalankan eksperimen.

Nilai murni:
Bekerjasama

Menguji kefahaman
( 10 Minit )
Menamakan magnet dan bagaimana magnet menarik / menolak.
Mengemukakan soalan:
1. Sebut jenis magnet yang dipelajari.

2. Perbezaan antara magnet U dan magnet ladam kuda, magnet cincin dan magnet ring, magnet bar dan magnet silinder.

3. Mengapa magnet menolak / menarik?

Jawapan  soalan :

1.Magnet bar , magnet ladam kuda dan sebagainya.
2. Magnet U mempunyai ’mulut’yang lebih besar.  Magnet cincin ada lubang di tengah. Magnet silinder macam bekas air.
3. Kutub magnet sama / berbeza
Strategi: Penyoalan


Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid


Meminta murid menyimpan peralatan.
Menyimpan dan mengembalikan peralatan kepada guru.
Nilai murni:
Bekerjasama
Penutup
( 2 Minit )
Membuat kesimpulan.
Meminta murid menyatakan bentuk magnet dan daya tarik/ tolak magnet.
Menamakan jenis magnet dan daya tarik / tolak magnet.


Wednesday, 14 November 2012

Soalan Objektif tentang magnet


1. Apakah nama jenis magnet yang ditunjukkan di bawah ?













 A. Magnet bar           B. Magnet ladam kuda            C. Magnet bentuk U        D. Magnet silinder


2. Magnet boleh menarik bahan berikut kecuali 

  A. paku besi              B. Pembaris kayu                   C. Jarum                     D. Gunting


3. Bagaimanakah kita dapat mengguna magnet untuk menarik sudu plastik ?

A. Ikat sudu plastik dengan kayu.                               C. Membalut sudu plastik dengan kertas.     
B. Ikat sudu plastik dengan klip kertas.                      D. Membubur gam pada sudu plastik.

4. Kenyataan di bawah menunjukkan bahan K.


  • Dibuat daripada besi.
  • Bahan magnet.
 
 




 Bahan K berkemungkinan ialah

A. Sikat                       B. Kasut                      C. Paku                       D. Cermin

5. Kenyataan berikut adalah betul, kecuali 

A. Setiap magnet mempunyai  kutub utara dan kutub selatan.
B. Kutub magnet yang sama akan menarik satu sama lain.
C. Bahan buatan besi adalah bahan magnet.
D. Magnet akan kehilangan kekuatannya jika dibakar.


6. Perkara-perkara berikut tidak boleh dilakukan kecuali
 
A.  Mengetuk magnet dengan kuat.
B.  Membakar magnet dengan api.
C. Menyimpan magnet di dalam laci.
D. Menjatuhkan magnet beberapa kali.