myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Tuesday 4 December 2012

Latihan Soalan Objektif


1. Yang manakah gambar yang berikut adalah keperluan asas manusia ?



2. Rajah 1 di bawah menunjukkan sepinggan nasi.

Rajah 1

makanan ini diperlukan untuk

A. bernafas                                                 B. memberikan tenaga.
C. mengelakkan daripada haus                    D. melindungi diri daripada hujan, bahaya dan matahari.

3. Apakah terjadi jika keperluan asas manusia tidak dipenuhi ?

A. Mereka akan mati.                                  B. Mereka akan kekal sihat.
C. Mereka akan lebih kuat                           D. Mereka akan layu.

4. Seorang lelaki sesat di gurun yang panas dan kering.  Apakah keperluan asas yang diperlukan pada situasi tersebut.

A. Udara.                                                    B. Cahaya matahari
C. Air                                                          D. Rumah.

5.Rajah 2 menunjukkan seorang penyelam menyelam dalam laut.  Dia perlu membawa bersama tangki pernajasan.

Rajah 2

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada aktiviti tersebut.

I. Manusia tidak memerlukan air.
II. Manusia memerlukan udara untuk hidup.
III. Manusia tidak dapat bernafas dalam air.
IV. Manusia memerlukan tangki pernafasan untuk mengelakkan diri daripada dimakan oleh ikan yu.

A. I dan II                                                    B. I dan III
C. II dan III                                                 D. III dan IV


6.
Rajah 3

Antara penyataan yang berikut, manakah tidak benar tentang haiwan-haiwan dalam rajah 3 di atas.

A. Mereka memerlukan udara                     B. Mereka tidak memerlukan cahaya matahari
C. Mereka perlu minum air.                         D. Mereka boleh membuat makanan sendiri.

7. Antara situasi yang berikut, manakah tidak menunjukkan keperluan asas bagi haiwan ?




8. Siti telah menjalankan satu eksperimen seperti rajah di bawah.

Mengapakah situasi di atas berlaku ?

A. Anak ayam memerlukan kebebasan untuk hidup.
B. Anak ayam kekurangan udara untuk hidup.
C. Anak ayam kekurangan makanan untuk hidup.
D. Anak ayam kekurangan air untuk hidup

9. Rajah 4 menunjukkan dua jenis tumbuhan yang sama digunakan dalam satu eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan murid.  Tumbuhan K disiram sebanyak 2 kali sehari manakala tumbuhan L tidak disiram langsung.   Kejadian tumbuhan diperhatikan selepas seminggu.

Rajah 4
Antara pernyataan berikut, manakah benar tentang tumbuhan itu selepas seminggu.

I  Tumbuhan L tumbuh dengan sihat.
II Tumbuhan K tumbuh dengan sihat.
III Tumbuhan L telah layu.
IV Tumbuhan K telah layu.

A. I dan II                                           B. I dan III
C. II dan III                                         D. III dan IV

10. Rajah 5 menunjukkan satu eksperimen yang dilakukan oleh seorang murid.


Rajah 5

Apakah akan terjadi selepas 2 hari ?

A. Lipas itu akan mati                             B. Lipas itu akan menjadi lebih aktif
C.Lipas itu semakin membesar                D. Lipas itu akan melarikan diri.

Jawapan:
1. B              2. B                 3. A                4. C                 5. C
6. D              7. D                8. D                 9. C                10. A

3 comments: