myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Thursday 6 December 2012

Tumbuhan berbunga dan tidak berbunga

1. Tumbuhan dibahagikan kepada dua jenis iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga.

2. Tumbuhan berbunga pula dibahagikan kepada monokotiledon dan dikotiledon.  Lihatlah rajah di bawah untuk penerangan yang jelas.





Tuesday 4 December 2012

Latihan Soalan Objektif


1. Yang manakah gambar yang berikut adalah keperluan asas manusia ?



2. Rajah 1 di bawah menunjukkan sepinggan nasi.

Rajah 1

makanan ini diperlukan untuk

A. bernafas                                                 B. memberikan tenaga.
C. mengelakkan daripada haus                    D. melindungi diri daripada hujan, bahaya dan matahari.

3. Apakah terjadi jika keperluan asas manusia tidak dipenuhi ?

A. Mereka akan mati.                                  B. Mereka akan kekal sihat.
C. Mereka akan lebih kuat                           D. Mereka akan layu.

4. Seorang lelaki sesat di gurun yang panas dan kering.  Apakah keperluan asas yang diperlukan pada situasi tersebut.

A. Udara.                                                    B. Cahaya matahari
C. Air                                                          D. Rumah.

5.Rajah 2 menunjukkan seorang penyelam menyelam dalam laut.  Dia perlu membawa bersama tangki pernajasan.

Rajah 2

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada aktiviti tersebut.

I. Manusia tidak memerlukan air.
II. Manusia memerlukan udara untuk hidup.
III. Manusia tidak dapat bernafas dalam air.
IV. Manusia memerlukan tangki pernafasan untuk mengelakkan diri daripada dimakan oleh ikan yu.

A. I dan II                                                    B. I dan III
C. II dan III                                                 D. III dan IV


6.
Rajah 3

Antara penyataan yang berikut, manakah tidak benar tentang haiwan-haiwan dalam rajah 3 di atas.

A. Mereka memerlukan udara                     B. Mereka tidak memerlukan cahaya matahari
C. Mereka perlu minum air.                         D. Mereka boleh membuat makanan sendiri.

7. Antara situasi yang berikut, manakah tidak menunjukkan keperluan asas bagi haiwan ?




8. Siti telah menjalankan satu eksperimen seperti rajah di bawah.

Mengapakah situasi di atas berlaku ?

A. Anak ayam memerlukan kebebasan untuk hidup.
B. Anak ayam kekurangan udara untuk hidup.
C. Anak ayam kekurangan makanan untuk hidup.
D. Anak ayam kekurangan air untuk hidup

9. Rajah 4 menunjukkan dua jenis tumbuhan yang sama digunakan dalam satu eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan murid.  Tumbuhan K disiram sebanyak 2 kali sehari manakala tumbuhan L tidak disiram langsung.   Kejadian tumbuhan diperhatikan selepas seminggu.

Rajah 4
Antara pernyataan berikut, manakah benar tentang tumbuhan itu selepas seminggu.

I  Tumbuhan L tumbuh dengan sihat.
II Tumbuhan K tumbuh dengan sihat.
III Tumbuhan L telah layu.
IV Tumbuhan K telah layu.

A. I dan II                                           B. I dan III
C. II dan III                                         D. III dan IV

10. Rajah 5 menunjukkan satu eksperimen yang dilakukan oleh seorang murid.


Rajah 5

Apakah akan terjadi selepas 2 hari ?

A. Lipas itu akan mati                             B. Lipas itu akan menjadi lebih aktif
C.Lipas itu semakin membesar                D. Lipas itu akan melarikan diri.

Jawapan:
1. B              2. B                 3. A                4. C                 5. C
6. D              7. D                8. D                 9. C                10. A

Friday 30 November 2012

Kitaran Hidup Haiwan

Apakah itu kitaran hidup ?

Kitaran hidup adalah merujuk peringkat pertumbuhan yang berlaku bagi sesuatu binatang.  Binatang akan mengubah saiz badan, bentuk dan berat apabila mereka mengalami tumbesaran dalam kitaran hidupnya.

Semua binatang akan mengalami kitaran hidup yang berbeza. Rujuk gambar rajah berikut:



Kitaran hidup haiwan yang bertelur

a. Telurnya akan menetas menjadi anak haiwan.

b. Anak haiwan akan membesar dan menjadi haiwan dewasa.

c. Haiwan yang dewasa pula akan bertelur dan kitaran hidup diulangi.


Kitaran hidup haiwan yang melahirkan anak.

a. Anak akan membesar di dalam badan haiwan betina.

b. Haiwan betina akan melahirkan anak.

c. Anak haiwan akan membesar menjadi haiwan dewasa dan kitaran hidup diulangi.


Sesetengah anak haiwan mempunyai wajah dan rupa yang berbeza dengan haiwan dewasa seperti :

a. Katak  dan berudu.

b. rama-rama dan beluncas

c. nyamuk dan jentik-jentik.







Tuesday 27 November 2012

Keperluan asas tumbuhan

1. Tumbuhan hijau memerlukan air, udara dan cahaya matahari untuk hidup seperti yang ditunjukkan dengan gambar di bawah :

Air, udara dan cahaya matahari adalah keperluan asas tumbuhan.


2. Air, udara dan cahaya matahari adalah keperluan asas tumbuhan hijau.

3. Tumbuhan memerlukan air

a. untuk menghasilkan makanan.
b. untuk mengawal suhunya.

4. Tumbuhan gunakan akar untuk menyerap air dari tanah.

5. Air digunakan untuk mengelakkan tumbuhan daripada layu dan pada cuaca yang panas, tumbuhan akan kehilangan air dengan cepat. Telitikan keadaan di bawah :

Tumbuhan hidup subur dengan adanya air dan ia akan layu tanpa air.

6. Tumbuh-tumbuhan memerlukan air dan cahaya matahari untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis.






Latihan Mikroorganisma

1. Gambar di bawah menunjukkan 4 jenis mikroorganisma.








a. nyatakan salah satu mikroorganisma yang membawa kebaikan kepada manusia.

____________________________________________________________

b. Nyatakan satu ciri mikroorganisma.

___________________________________________________________

c. Sebutkan satu ciri yang ada pada mikroorganisama Z.

____________________________________________________________  

2. Sesetengah mikroorganisma berbahaya dan sesetengah pula berguna kepada manusia.

a. Beri dua kegunaan mikroorganisma.

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

b. Berikan dua keburukan yang dibawa oleh mikroorganisma.

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

c. Cadangkan dua cara untuk mengelakkan mikroorganisama daripada merebak.

i. ___________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________
d. Nyatakan dua jenis penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma.

i. ____________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________

Jawapan:

1a. w : Paramecium           x : Euglena            y : Bakteria               z : virus
  b.  Yis
  c. Mikroorganisma boleh bergerak / bernafas / tumbesaran
  d. Ia akan menjejaskan sel dan membawa maut.

2. a. i. membuat roti                          ii. membuat baja
    b. i. membawa penyakit                ii. menyebabkan keracunan makanan
    c. i. mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
       ii. air perlu dimasak sebelum minum.
    d i. campak                                  ii. selesema


Sunday 25 November 2012

Mikroorganisma

Apakah itu mikroorganisama ?

Mikroorganisma ialah benda hidup yang sangat kecil dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Jenis-jenis mikroorganisma.




Kulat dan Yis

Ciri-ciri mikroorganisma :

a. bernafas.
b. bergerak.
c. tumbesaran.



Friday 23 November 2012

Cara binatang membiak

1. Binatang membiak dengan cara yang berlainan iaitu bertelur dan melahirkan anak.

2. Binatang yang tidak dapat menjaga anaknya akan bertelur dengan banyak untuk mengelakkan semua
telurnya dimakan oleh binatang lain seperti ikan, katak, rama-rama dan sebagainya.

3. Binatang yang boleh menjaga anaknya pula biasanya melahirkan bilangan anaknya yang sedikit seperti kucing, anjing, harimau dan sebagainya.

4. Binatang membiak bertujuan untuk memastikan kesinambungan spesies mereka dan juga elakkan spesiesnya daripada terpupus.


                                    Bertelur                                  Melahirkan anak