myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Saturday, 17 November 2012

Keperluan Asas Manusia

Keperluan asas manusia.

1. Manusia adalah benda hidup.

2. Manusia memerlukan keperluan asas seperti makanan, air, udara dan tempat tinggal seperti yang
    ditunjukkan dalam buku teks di bawah:



3. Manusia memerlukan makanan setiap hari untuk
a. tumbesaran.
b. mendapatkan tenaga.
c. mengekalkan kesihatan badan.
d. membaiki tisu badan yang rosak.

4. Kira-kira 70% badan kita adalah air dan kita minum air adalah untuk:
a. mengawal suhu badan.
b. untuk menggantikan kehilangan air dalam badan kita akibat berpeluh.
c. untuk membawa makanan yang dihadam ke bahagian lain badan kita.

5. Manusia memerlukan udara untuk menarik dan menghembus nafas.

6. Manusia memerlukan tempat tinggal untuk melindungi mereka daripada bahaya, menghadapi cuaca yang
    melampau, terkena cahaya matahari, hujan dan angin kencang.

Friday, 16 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran: Sains
Kelas : 3 H
Tarikh : 24.10.2012
Masa : 7:40 pagi – 8:10 pagi
Bilangan Murid : 31 orang
Bidang Pelajaran : Mengenali Jenis magnet dan daya tarik/tolaknya
Objektif Pembelajaran : Menganalisis daya tarik magnet.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, murid dapat:
A. Menguasai isi kandungan
a. Menamakan 3 jenis bentuk magnet.
b. Magnet mempunyai 2 kutub.
c. Magnet boleh menarik / menolak satu sama lain.

B. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir.
a. Mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk membuktikan 
    kutub magnet sama akan menolak dan kutub magnet yang berbeza akan menarik.

C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
a. Melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur
    yang dipersetujui dalam kumpulan.

Konsep/prinsip/hukum/teori:
Magnet
a. Daya tarik apabila kutub magnet sama didekati
b. Daya tolak apabila kutub magnet berbeza didekati.

Bahan, peralatan dan bahan sumber.
Magnet bar, magnet ladam kuda, magnet berbentuk U, magnet cincin, kad manila, kad gambar dan kad nama magnet, klip kertas, paku tekan.
Langkah berjaga-jaga:
Memegang magnet dengan berhati-hati dan elakkan menggunakan magnet untuk memukul murid lain.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui apa itu magnet.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan  ( 3 Minit )
Apa itu magnet
Membuat pertunjukkan ’ magic’

Mengguna sebatang magnet yang dibalut dengan kertas untuk menarik klip kertas dan paku tekan.

Soalan yang ditanya:
Sila murid-murid teka apakah bahan itu?
Melihat dan memberi respon







Jawapan:
Magnet
Strategi / Teknik: Penyoalan seluruh kelas.
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Menstruktur ( 8 Minit )
Jenis-jenis magnet

Soalan:
Memadankan kad magnet dengan nama magnet.
Memaklumkan magnet mempunyai pelbagai bentuk.

Meminta murid-murid duduk mengikut kumpulan.

Edarkan kad manila kepada setiap kumpulan.

Meminta setiap wakil kumpulan memilih sampul surat ( dalamnya ada kad gambar magnet dan nama magnet )

Melekatkan hasil kerja kumpulan di dalam papan hitam

Mendengar dan memberi respon.

Duduk dalam kumpulan.




Membuka sampul surat dan berbincang dalam kumpulan


Menilai hasil kerja kumpulan
Strategi: Perbincangan kumpulan
Membuat  kajian
( 7 Minit )
Daya tarik / daya tolak magnet.

Memaklumkan magnet ada 2 bahagian yang berlainan warna.

Mengemukakan soalan.
Mendengar dan memberi respon.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Soalan:
Magnet ada berapa kutub?

Dalam  apa keadaan magnet menarik / menolak?

Meminta setiap wakil kumpulan datang ambil 4 kotak magnet.

Meminta murid menjawab soalan tadi.



Menulis perkataan menarik / menolak di papan hitam.
Menjalankan eksperimen dengan mendekatkan 2 batang magnet.

Menyaksikan tindak balas magnet.

Jawapan:
1. Magnet ada 2 kutub.
2. Kutub sama : menolak, Kutub berbeza : menarik.
Strategi:
Kaedah inkuiri Menjalankan eksperimen.

Nilai murni:
Bekerjasama

Menguji kefahaman
( 10 Minit )
Menamakan magnet dan bagaimana magnet menarik / menolak.
Mengemukakan soalan:
1. Sebut jenis magnet yang dipelajari.

2. Perbezaan antara magnet U dan magnet ladam kuda, magnet cincin dan magnet ring, magnet bar dan magnet silinder.

3. Mengapa magnet menolak / menarik?

Jawapan  soalan :

1.Magnet bar , magnet ladam kuda dan sebagainya.
2. Magnet U mempunyai ’mulut’yang lebih besar.  Magnet cincin ada lubang di tengah. Magnet silinder macam bekas air.
3. Kutub magnet sama / berbeza
Strategi: Penyoalan


Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid


Meminta murid menyimpan peralatan.
Menyimpan dan mengembalikan peralatan kepada guru.
Nilai murni:
Bekerjasama
Penutup
( 2 Minit )
Membuat kesimpulan.
Meminta murid menyatakan bentuk magnet dan daya tarik/ tolak magnet.
Menamakan jenis magnet dan daya tarik / tolak magnet.


Wednesday, 14 November 2012

Soalan Objektif tentang magnet


1. Apakah nama jenis magnet yang ditunjukkan di bawah ?













 A. Magnet bar           B. Magnet ladam kuda            C. Magnet bentuk U        D. Magnet silinder


2. Magnet boleh menarik bahan berikut kecuali 

  A. paku besi              B. Pembaris kayu                   C. Jarum                     D. Gunting


3. Bagaimanakah kita dapat mengguna magnet untuk menarik sudu plastik ?

A. Ikat sudu plastik dengan kayu.                               C. Membalut sudu plastik dengan kertas.     
B. Ikat sudu plastik dengan klip kertas.                      D. Membubur gam pada sudu plastik.

4. Kenyataan di bawah menunjukkan bahan K.


  • Dibuat daripada besi.
  • Bahan magnet.
 
 




 Bahan K berkemungkinan ialah

A. Sikat                       B. Kasut                      C. Paku                       D. Cermin

5. Kenyataan berikut adalah betul, kecuali 

A. Setiap magnet mempunyai  kutub utara dan kutub selatan.
B. Kutub magnet yang sama akan menarik satu sama lain.
C. Bahan buatan besi adalah bahan magnet.
D. Magnet akan kehilangan kekuatannya jika dibakar.


6. Perkara-perkara berikut tidak boleh dilakukan kecuali
 
A.  Mengetuk magnet dengan kuat.
B.  Membakar magnet dengan api.
C. Menyimpan magnet di dalam laci.
D. Menjatuhkan magnet beberapa kali.

Sunday, 11 November 2012

Daya Tarik Magnet

Daya Tarik Magnet.

          Magnet mempunyai 2 kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan.Bahagian kutub magnet mempunyai daya tarikan yang kuat berbanding dengan bahagian-bahagian lain magnet. Suatu eksperimen tentang kekuatan daya tarik magnet telah dibuat seperti rajah yang ditunjukkan di bawah:


Kedua-dua belah magnet menarik lebih banyak serbuk besi berbanding dengan bahagian-bahagian sisi magnet.

  Kutub magnet yang berlainan didekati, magnet akan menarik.  Namun, magnet akan menolak jika kutub magnet yang sama didekati.                                                                                                         








Thursday, 1 November 2012

Mengenali Magnet


Apa itu magnet ?
Magnet adalah sebuah benda yang dapat menarik benda-benda yang berada di sekitarnya yang diperbuat daripada besi.  Misalnya, paku, besi, jarum, kertas klip dan sebagainya.

Sebuah magnet mempunyai bahagian magnet yang mempunyai daya tarik yang kuat di bahagian kutub magnet.  Setiap magnet mempunyai 2 kutub iaitu kutub utara ( warna merah ) dan kutub selatan ( warna hitam) seperti yang ditunjukkan di bawah: 

Magnet 

Jenis-jenis Magnet


Magnet mempunyai pelbagai bentuk seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas.  Oleh itu, magnet juga dinamakan mengikut bentuknya masing-masing.